Pages

KEJOHANAN PERTAMA

 KEJOHANAN PERTAMA ANJURAN ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA) Buat julung kalinya setelah lebih tiga bulan kelas EBA ini ditubuhkan, satu Kejoh...

Wednesday 7 February 2024

KEJOHANAN PERTAMA

 KEJOHANAN PERTAMA ANJURAN ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)


Buat julung kalinya setelah lebih tiga bulan kelas EBA ini ditubuhkan, satu Kejohanan Tertutup khas untuk pelatih EBA telah diadakan. Kejohanan ini diadakan pada 6 Februari 2024 hari Selasa jam 8.30 malam di Esplanade Bowl Kg Koh Sitiawan.

Setelah mereka belajar kemahiran asas, sampai masanya untuk menguji kemahiran dan kemampuan mereka. Disamping itu, pertandingan ini juga merupakan satu bentuk latihan untuk melatih mereka ketika berhadapan dengan lawan. Bagaimana mereka dapat membiasakan diri dan fokus dengan setiap balingan serta berhadapan dengan lawan. Walaupun lawan mereka kali ini hanyalah rakan-rakan dalam akademi, namun suatu hari nanti mereka akan berhadapan dengan lawan sebenar.

Rasa gugup dan gementar itu biasa bagi setiap pemain tidak kira apa jenis sukan sekalipun. Melatih mereka supaya sentiasa tenang dan memberi fokus yang tinggi setiap balingan amat sukar. Perkara ini akan mengambil masa. Mereka perlu banyak pendedahkan yang berbentuk pertandingan dan mereka bertanding dengan pemain yang lebih baik daripada mereka.

Semoga mereka akan berjaya suatu hari nanti menjadi pemain bowling sekolah, daerah dan seterusnya pemain bowling negeri dan kebangsaan. Insya Allah.

Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih  dan tahniah juga kepada ibu bapa yang sanggup bersama anak-anak sehingga tamat pertandingan. Tahniah semua.

Terima kasih juga kepada para jurulatih EBA yang melatih selama ini dan bekerja keras bagi menjayakan pertandingan ini. Insya Allah kita akan buat lagi di masa akan datang.

 

 

 

 

 



 

 

 

 

 




Sunday 7 January 2024

TAHUN BARU 2024

 TAHUN BARU YANG LEBIH BERSEMANGAT


Selamat menyambut Tahun Baru 2024. Semangat tahun baru dengan BAJU BAHARU EBA.
Semoga peserta EBA (Esplanade Bowling Academy) lebih bersemangat untuk berlatih dengan siapnya baju rasmi untuk latihan. 

Tahun 2024 akan menjadi penanda aras kemana arah tuju peserta EBA nanti. Kerana lepas ini akan ada kejohanan peringkat daerah dan negeri. Adakah mereka akan terpilih mewakili daerah Manjung ke kejohanan negeri nanti. Sama-sama kita nantikan.




LATIHAN DI AKADEMI DITERUSKAN

KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY

Kelas Esplanade Bowling Academy diteruskan lagi. Pada 24 Disember 2023, kelas ini telah memasuki bulan kedua sejak ia ditubuhkan. Kelas berjalan seperti biasa dan semua peserta bersemangat untuk berlatih dan menguasai kemahiran asas dalam sukan bowling.

Ada dalam kalangan peserta yang sudah menguasai kemahiran asas dan mereka menuju langkah seterusnya untuk lebih konsisten dalam setiap balingan. Ada peserta yang telah membeli bola sendiri setelah mereka dapat bermain dengan baik. Ini merupakan satu kemajuan dalam proses mereka menjadi seorang pemain bowling yang baik.










Sunday 3 December 2023

BARISAN JURULATIH EBA

BARISAN JURULATIH ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)


Barisan Para Jurulatih Esplanade Bowling Academy yang berpusat di Esplanade Bowl Kg Koh Sitiawan. Mereka ialah:-

1. Mazni bin Othman (Pak Malau)
2. Safie bin Samsury (G5)
3. Mohd Nurshirwan Shah bin Ramli (Iwan)
4. Mohd Ezraf bin Mohd Lizan (MDEZ)
5. Zakiah binti Ahmad (Z)
6. Noordini binti Saad (Dinie)
7. Herda binti Ahmad Sukri (Herda)
8. Normazfizah binti Badaruddin (Maz)
9. Assyureen Nur binti Hamidin (Syureen)
10 Norlaila binti Yaakub (Laila)
11. Norhayati Akma binti Ahmad (Akma)

pak malau

Iwan

safie

ezraf mdez

zakiah

Dinie













KELAS LIVE KETIGA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)

 KELAS LIVE KETIGA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)


Alhamdulillah, pada minggu ini merupakan minggu ketiga Esplanade Bowling Academy (EBA) bersiaran secara LIVE Percuma di Channel Youtube EBA. Pada minggu ini anda semua berpeluang mengenal Pin Bowling dengan lebih dekat lagi. Presenter EBA pada kali ini ialah Coach Ezraf yang didatangkan khas dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Untuk mengenali Pin Bowling dengan lebih lagi, anda boleh tonton semula video LIVE di bawah. Selepas menonton, mohon kerjasama anda untuk Like, Share dan SUBSCRIBE Channel Youtube Esplanade Bowling Academy. Terima kasih kepada anda semua.


Gambar sekitar kelas Live sebentar tadi.