Pages

KEJOHANAN PERTAMA

 KEJOHANAN PERTAMA ANJURAN ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA) Buat julung kalinya setelah lebih tiga bulan kelas EBA ini ditubuhkan, satu Kejoh...

Thursday 30 November 2023

KELAS LIVE KEDUA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY

 KELAS LIVE KEDUA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)


Sekali lagi EBA bersiaran secara LIVE di Channel Youtube. Kali ini dengan Tajuk Kenal Bola Boling dengan Penceramahnya Coach Safie. Kelas berlangsung selama 1 jam bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Pada kelas kedua ini, Coach Safie menceritakan perihal bola boling, Cara memilih bola yang betul untuk permulaan bermain boling sehingga penggunaan bola yang sesuai sebagai pemain boling. 

Anda boleh tonton semula kelas LIVE ini di Channel Youtube Esplanade Bowling Academy.


Sekitar kelas LIVE.






Friday 24 November 2023

GENAB SEBULAN KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY

 GENAB SEBULAN KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY


Alhamdulilah, hari ini 23 November 2023. genab sebulan Kelas Esplanade Bowling Ecademy (EBA) diadakan. Kelas pertama bermula pada 24 Oktober 2023 dengan Kumpulan 1 pada malam Selasa. 

Kelas EBA ini diadakan 2 kali seminggu, iaitu pada malam Selasa dan malam Khamis. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dan 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 24 pelatih.

Semua pelatih di EBA bermula dengan ZERO. Mereka diajar kemahiran asas dalam sukan Boling Tenpin. Sehingga kini, beberapa pelatih sudah berjaya menguasai sehingga 5 steps approach. 

Banyak lagi yang mereka perlu kuasai dan pelajari. Semoag mereka akan menjadi seorang pemain boling yang berjaya suatu hari nanti.


Kemeriah malam 23 November 2023











Wednesday 22 November 2023

KELAS LIVE PERTAMA DI EBA

 KELAS LIVE YANG PERTAMA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)


Esplanade Bowling Academy (EBA) mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas secara ONLINE (LIVE) di Youtube untuk memberikan ilmu secara teori yang tidak sempat diajar semasa kelas. 

Pada minggu ini (18 November 2023 - Sabtu) kami jurulatih EBA telah mengadakan kelas ONLINE bagi menerangkan Apakah itu LANE Bowling?. Antara perkara yang didedahkan ialah spesifikasi lane bowling. 

Pelajar didedahkan tentang oiling pattern yang ada dan kenapa setiap pemain bowling perlu menguasai oiling pattern ini. Mereka mesti tahu yang setiap pusat bowling dan setiap kali pertandingan oiling pattern nya juga berbeza dan ini yang membezakan antara pemain yang baik atau tidak.

Anda boleh saksikan siaran LIVE ini di Channel Esplanade Bowling Academy.

VIDEO KELAS LIVE EBA yang pertama






Saturday 11 November 2023

ESPLANADE BOWLING ACADEMY - 9 NOVEMBER 2023

 ESPLANADE BOWLING ACADEMY - 9 NOVEMBER 2023


Kelas Khamis 9 November merupakan Kumpulan 2 yang mana sebelum ini kelas ini pada waktu petang pukul 3:30 hingga 5:30 petang telah diubah ke malam 8:00 hingga 10:00 malam. Ini merupakan kelas pertama untuk kumpulan 2 pada waktu malam. 

Alhamdulillah, kelas berjalan lancar. Ada juga pelajar baharu yang mendaftar. Yang baharu kita beri merela buat balance drill dan yang lama buat kemahiran one step drill. Ada juga pelajar yang telah menguasai kita beri mereka latihan 5 steps approach. 











ESPLANADE BOWLING ACADEMY- 7 NOVEMBER 2023

ESPLANADE BOWLING ACADEMY- 7 NOVEMBER 2023


Kelas pada 7 November 2023. Ada beberapa pelatih yang sudah menunjukkan peningkatan. Mereka telah boleh menguasai kemahiran 4 steps approach. Perlu diperbaiki cara membuat balingan dan kedudukan badan yang betul. Masih memerlukan masa untuk mereka menguasai dan konsisten dalam setiap balingan.











LOGO ESPLANADE BOWLING ACADEMY

 LOGO ESPLANADE BOWLING ACADEMY




Logo Rasmi 
Esplanade Bowling Academy
D/A Esplanade Bowl Kg. Koh,
Kampung Koh, 32000
Sitiawan Perak

Emel: ebaesplanadebowlingacademy@gmail.com
Telefon: 012-5740871







Saturday 4 November 2023

ESPLANADE BOWLING ACADEMY - 2 NOVEMBER 2023

 KELAS 2 NOVEMBER 2023


Kelas kemahiran asas bowling diteruskan. Ini merupakan perjumpaan kedua bagi pelatih. Ada dalam kalangan mereka yang sudah menguasai kemahiran asas balance drill dan one step drill. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan sehingga mereka dapat menguasai 4 atau 5 step approach. 










Wednesday 1 November 2023

ESPLANADE BOWLING ACADEMY - 31 OKTOBER 2023

 ESPLANADE BOWLING ACADEMY - 31 OKTOBER 2023


Kelas Akademi Bowling Esplanade telah masuk minggu kedua. Pelajar mula rasa semakin bersemangat. Mereka sudah mula menguasai kemahiran asas Balance Drill dan One Step Drill. Kemahiran ini merupakan penamat semasa mereka hendak membuat lontaran. Kedudukan terakhir ketika membuat lontaran perlu diutamakan (Finish Position) dengan membuat aktiviti balance drill sehingga mereka betul-betul menguasai.