Pages

KEJOHANAN PERTAMA

 KEJOHANAN PERTAMA ANJURAN ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA) Buat julung kalinya setelah lebih tiga bulan kelas EBA ini ditubuhkan, satu Kejoh...

Sunday 7 January 2024

TAHUN BARU 2024

 TAHUN BARU YANG LEBIH BERSEMANGAT


Selamat menyambut Tahun Baru 2024. Semangat tahun baru dengan BAJU BAHARU EBA.
Semoga peserta EBA (Esplanade Bowling Academy) lebih bersemangat untuk berlatih dengan siapnya baju rasmi untuk latihan. 

Tahun 2024 akan menjadi penanda aras kemana arah tuju peserta EBA nanti. Kerana lepas ini akan ada kejohanan peringkat daerah dan negeri. Adakah mereka akan terpilih mewakili daerah Manjung ke kejohanan negeri nanti. Sama-sama kita nantikan.




LATIHAN DI AKADEMI DITERUSKAN

KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY

Kelas Esplanade Bowling Academy diteruskan lagi. Pada 24 Disember 2023, kelas ini telah memasuki bulan kedua sejak ia ditubuhkan. Kelas berjalan seperti biasa dan semua peserta bersemangat untuk berlatih dan menguasai kemahiran asas dalam sukan bowling.

Ada dalam kalangan peserta yang sudah menguasai kemahiran asas dan mereka menuju langkah seterusnya untuk lebih konsisten dalam setiap balingan. Ada peserta yang telah membeli bola sendiri setelah mereka dapat bermain dengan baik. Ini merupakan satu kemajuan dalam proses mereka menjadi seorang pemain bowling yang baik.