KEJOHANAN PERTAMA
KEJOHANAN PERTAMA ANJURAN ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA) Buat julung kalinya setelah lebih tiga bulan kelas EBA ini ditubuhkan, satu Kejoh...

Sunday, 7 January 2024
TAHUN BARU 2024
LATIHAN DI AKADEMI DITERUSKAN
KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY
![]() |
Ada dalam kalangan peserta yang sudah menguasai kemahiran asas dan mereka menuju langkah seterusnya untuk lebih konsisten dalam setiap balingan. Ada peserta yang telah membeli bola sendiri setelah mereka dapat bermain dengan baik. Ini merupakan satu kemajuan dalam proses mereka menjadi seorang pemain bowling yang baik.
Sunday, 3 December 2023
BARISAN JURULATIH EBA
BARISAN JURULATIH ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)
2. Safie bin Samsury (G5)
8. Normazfizah binti Badaruddin (Maz)
KELAS LIVE KETIGA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)
KELAS LIVE KETIGA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)
Alhamdulillah, pada minggu ini merupakan minggu ketiga Esplanade Bowling Academy (EBA) bersiaran secara LIVE Percuma di Channel Youtube EBA. Pada minggu ini anda semua berpeluang mengenal Pin Bowling dengan lebih dekat lagi. Presenter EBA pada kali ini ialah Coach Ezraf yang didatangkan khas dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Untuk mengenali Pin Bowling dengan lebih lagi, anda boleh tonton semula video LIVE di bawah. Selepas menonton, mohon kerjasama anda untuk Like, Share dan SUBSCRIBE Channel Youtube Esplanade Bowling Academy. Terima kasih kepada anda semua.
Gambar sekitar kelas Live sebentar tadi.
Thursday, 30 November 2023
KELAS LIVE KEDUA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY
KELAS LIVE KEDUA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)
Sekali lagi EBA bersiaran secara LIVE di Channel Youtube. Kali ini dengan Tajuk Kenal Bola Boling dengan Penceramahnya Coach Safie. Kelas berlangsung selama 1 jam bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam.
Pada kelas kedua ini, Coach Safie menceritakan perihal bola boling, Cara memilih bola yang betul untuk permulaan bermain boling sehingga penggunaan bola yang sesuai sebagai pemain boling.
Anda boleh tonton semula kelas LIVE ini di Channel Youtube Esplanade Bowling Academy.
Sekitar kelas LIVE.
Friday, 24 November 2023
GENAB SEBULAN KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY
GENAB SEBULAN KELAS ESPLANADE BOWLING ACADEMY
Alhamdulilah, hari ini 23 November 2023. genab sebulan Kelas Esplanade Bowling Ecademy (EBA) diadakan. Kelas pertama bermula pada 24 Oktober 2023 dengan Kumpulan 1 pada malam Selasa.
Kelas EBA ini diadakan 2 kali seminggu, iaitu pada malam Selasa dan malam Khamis. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dan 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 24 pelatih.
Semua pelatih di EBA bermula dengan ZERO. Mereka diajar kemahiran asas dalam sukan Boling Tenpin. Sehingga kini, beberapa pelatih sudah berjaya menguasai sehingga 5 steps approach.
Banyak lagi yang mereka perlu kuasai dan pelajari. Semoag mereka akan menjadi seorang pemain boling yang berjaya suatu hari nanti.
Kemeriah malam 23 November 2023
Wednesday, 22 November 2023
KELAS LIVE PERTAMA DI EBA
KELAS LIVE YANG PERTAMA DI ESPLANADE BOWLING ACADEMY (EBA)
Esplanade Bowling Academy (EBA) mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas secara ONLINE (LIVE) di Youtube untuk memberikan ilmu secara teori yang tidak sempat diajar semasa kelas.
Pada minggu ini (18 November 2023 - Sabtu) kami jurulatih EBA telah mengadakan kelas ONLINE bagi menerangkan Apakah itu LANE Bowling?. Antara perkara yang didedahkan ialah spesifikasi lane bowling.
Pelajar didedahkan tentang oiling pattern yang ada dan kenapa setiap pemain bowling perlu menguasai oiling pattern ini. Mereka mesti tahu yang setiap pusat bowling dan setiap kali pertandingan oiling pattern nya juga berbeza dan ini yang membezakan antara pemain yang baik atau tidak.
Anda boleh saksikan siaran LIVE ini di Channel Esplanade Bowling Academy.
VIDEO KELAS LIVE EBA yang pertama